Image

Pengenalan Produk NTDOT

Pracampuran Annona Muricata dan Ekstrak Stevia.

NTDOT adalah satu produk permakanan tambahan harian anda yang baik untuk anda amalkan setiap hari.

NTDOT bukanlah ubat akan tetapi ia adalah makanan tambahan yang dapat membantu anda memperolehi nutrisi yang tubuh badan anda perlukan sama seperti anda amalkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan sunnah setiap hari.

Kebaikan yang terkandung didalam NTDOT adalah hasil daripada kelebihan yang ada pada setiap bahan yang ada di dalam NTDOT.

NTDOT Bukanlah Ubat NTDOT adalah Pemakanan Tambahan Harian Anda!

 

Kandungan Produk NTDOT

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam produk NTDOT berserta khasiat setiap isian bahan tersebut.


DURIAN belanda atau nama saintifiknya Annona muricata amat sinonim untuk merawat kanser. Khasiatnya dikhabarkan 200 kali ganda lebih efektif daripada membuat rawatan kemoterapi.

Barangkali dakwaan itu juga membuatkan buah eksotik yang pada asalnya tumbuh liar berkenaan dikomersialkan berdasarkan permintaan yang banyak.

Kandungan glukos dan fruktosanya yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 hingga 93.6 peratus rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C.

Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus. Pun begitu, sebaiknya buah tersebut tidak dimasak terlalu lama supaya kandungan nutrisi dapat dikekalkan pada tahap optimum.

Mengulas lanjut tentang kebaikan buah durian belanda, Ketua Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Siti Zaharah Sakimin berkongsi hasil penyelidikannya tentang tumbuhan itu dengan Sihat:Aktif.Ujar beliau, buah durian belanda memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram (mg) vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.


Pendek kata, durian belanda mempunyai banyak khasiat kesihatan.Antaranya ialah:

1. Merawat kanser


Seperti yang disebut, khasiatnya dipercayai 200 kali ganda lebih efektif daripada kemoterapi dan dilaporkan boleh membunuh sel kanser payudara.


Selain itu, durian belanda juga dilaporkan mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser tumor.


Buah itu juga dipercayai mempunyai kesan menyekat pembiakan virus, antikeradangan untuk mengurangkan kesan lebam, antiparasit dan antimikrob.


2. Merawat osteoporosis


Elemen kandungan sodium yang tinggi 14 mg/100 gram (g), phosphorus, potasium sebanyak 278 mg/100 g yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis.


Untuk mendapatkan keberkesanan maksimum dari aspek kesihatan, ia bergantung pada kuantiti yang diambil oleh pengguna.


3. Atasi kencing tidak lawas


Kandungan ferum atau iron yang ada pada buah durian belanda dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki sistem penghadaman.


Di samping itu, ia mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan kita.


4. Mengurangkan migrain


Masalah migrain berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk mengecilkan saluran darah.


Dengan pengambilan buah durian belanda, ia mempunyai kesan angiogenesis.


5. Mengatasi anemia


Durian belanda menjadi salah satu pembekal sumber zat besi.


Kekurangan zat besi boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berperanan dalam melancarkan perjalanan oksigen dalam darah.


ANEKDOT


MENGENALI durian belanda


Berasal dari sekitar Peru, Mexico dan Argentina.

Memiliki kulit berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasa masam-masam manis.

Termasuk antara 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna.

Guna buah itu dalam kadar sewajarnya kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan antaranya seperti menyebabkan penyakit Parkinson.


Khasiat lain:

- Kaya vitamin C, merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan.

- Meningkatkan tenaga kandungan fruktos dan karbohidrat semula jadi membuatkan diri kekal segar dengan bekalan tenaga secukupnya.

- Merawat kekurangan air dalam badan.

- Beri ketenangan dan tidur lena.

- Melegakan kesakitan kerana daun buah durian belanda mengandungi sifat-sifat analgesik bertindak sebagai pain killer.

- Merawat ulser mulut.

- Mengawal tekanan darah dan hipertensi.

- Mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi.

- Merawat buasir.

- Mengawal jangkitan ringan pada hati.

- Menghalang jangkitan parasit dalam badan.

- Merawat demam.

- Menguatkan sistem imunisasi.

- Melegakan sakit belakang.

- Mengawal kandungan gula dalam darah.

- Mengurangkan masalah hati.

- Merawat kulit menggelupas.

- Merawat kaki bengkak.

- Manfaat antipenuaan.

- Mengatasi masalah rambut gugur, nipis dan kelemumur.


Berdasarkan kajian moden, sarang burung walet didapati mempunyai kesan pengambilan tenaga dan anti-penuaan. Ekstrak sarang burung walet didapati kesan ransangan langsung keatas pembaharuan dan pembinaan semula sel. Ia juga berkemungkinan mampu memperlahan kan proses penuaan.

Kajian yang di jalankan oleh Chinese University of Hong Kong telah mengesahkan bahawa glycol-protein dan asid amonio boleh larut (asid asparatik, glutamik, praline, theonin dan valine) didalam sarang burung walet boleh memperkukuhkan sistem imunisasi dan mendorong lapisan kulit yang sihat.

Antara karbohidrat yang terdapat dalam sarang burung walet yang boleh di makan ialah asid sialik merupakan salah satu komponen utama. Adalah di dapati bahawa punca luaran asid sialikc menyumbang kepada kelebihan neurologi dan intelek didalam bayi.

Pada tahun 1994, sebuah pasukan kajian di China telah menilai kesan farmakologi pada sarang burung walet yang boleh di makan serta serbuk mutiara yang mengandungi formulasi. Formulasi tersebut didapati mengandungi kesan peningkatan sistem imun , yang bertindak dengan menaikkan sintesis DNA pada T-lymphacytes dan pengaliran immunoglobulin.

Sarang burung walet juga mengandungi glucosamine (sebuah bahan semulajadi yang di perlukan oleh badan manusia untuk melindungi sendi dari pada kerosakan), yang mampu menghalang penggunanya osteoarthritis. Tablet suplemen glucosamine merupakan suplimin popular yang di syorkan oleh doktor untuk pesakit osteoarthritis.

Baru-baru ini, penyelidik dari University of Shizuoka, Jepun mendapati bahwa akstek dari pada sarang burung walet yang boleh di makan mengandungi ciri-ciri antiselsema. Mereka mengesahkan bahwa sarang burung walet yang boleh dimakan adalah sebuah punca protein yang selamat dan semulajadi untuk mengelakkan virus influenza.


Antara khasiat sarang burung adalah seperti di bawah :


- Awet muda.

- Melancarkan peredaran darah.

- Melancarkan fungsi paru-paru.

- Melegakan batuk.

- Membersihkan darah.

- Membantu tumbesaran tubuh.

- Membantu pembentukan tulang.

- Pembentukan darah merah.

- Sebagai agen antioksida.

- Membantu proses penyembuhan Asma.

- Memutih dan melicinkan muka.

- Menghilangkan kedut-kedut muka.

- Membantu meningkatkan tahap IQ.

- Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.

- Kesihatan tenaga batin.


Secara umum pandangan fizikal dari tanaman moringa oleifera ini adalah tumbuhan yang mempunyai tinggi batang kira-kira 7 hingga 11 meter. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil yang mempunyai susunan majmuk dalam satu tangkai. Mempunyai bunga berwarna putih kekuningan, sedangkan buahnya berbentuk segi tiga memanjang. Masyarakat di nusantara biasa menggunakan daun dan buah kelor ini untuk bahan sayur-sayuran. Di sebalik manfaatnya sebagai bahan sayuran, daun kelor atau moringa oleifera ini ternyata mempunyai khasiat yang lebih besar untuk rawatan berbagai jenis penyakit.

Moringa atau Kelor, yang lebih dikenali sebagai 'The Multipurpose Tree of Life”' adalah genus tunggal dalam keluarga tumbuhan berbunga Moringaceae. Moringa mempunyai 13 spesies kesemuanya. Moringa Oleifera adalah spesies pokok dari keluarga Moringaceae yang paling banyak ditanam kerana manfaatnyanya yang banyak kepada manusia. Terdapat banyak nama biasa bagi pokok ini termasuk: moringa, drumstick tree, Horsh-radish tree, ben oil tree, atau benzoil tree. Di kepulauan nusantara, pokok ini dinamakan Kelor, Ramungai atau Tambarayong bagi masyarakat Dusun di Sabah. Masyarakat Melayu menamakannya sebagai Kacang kelo, merunggai, ramungai, lembungai, pemanggai, sajina, kachang kelok, kachang kulu, kachang kelang buah kelentang dan pelbagai lagi.

Orang Melayu menggunakan akar untuk membuat 'param' yang digunakan dalam perubatan. Akar kering juga ditumbuk lumat juga digunakan sebagai bedak untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Akar ini juga digunakan dalam beberapa kes termasuk demam, asma, sawan, histeria, gout, penyakit sendi, spams, hepatoslenomegaly serta pundi kencing dan calculi buah pinggang. Akar juga bertindak sebagai perangsang untuk proses penghadaman. Akar-kulit kayu digunakan sebagai rawatan untuk demam kuning. Lazimnya menggunakan campuran akar ramungai yang segar dengan kulit akar pokok betik. Bahan ini boleh digunakan secara luaran sebagai serbuk untuk merawat basal, lemah otot dan penyakit beriberi.

Pokok ini tahan kemarau dan mudah berkembang. Dikatakan berasal dari kaki bukit selatan Himalaya di barat laut India, dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan subtropika di mana buah biji muda dan daun digunakan sebagai sayur-sayuran. Ia juga boleh digunakan untuk pembersihan air dan mencuci tangan, dan kadang-kadang digunakan dalam perubatan herba. Ukuran daun yang kecil yang menyembunyikan sejuta khasiat berguna kepada kesihatan tubuh. Terdapat juga pengkaji yang manamakannya sebagai "Miracle Tree" kerana manfaatnya yang menakjubkan.

Spesies ini adalah salah satu tumbuhan yang paling berguna di dunia. Ia ditanam di semua negara di kawasan tropika. The moringa oleifera ditanam untuk daun, buah-buahan, akar untuk pelbagai makanan dan tujuan perubatan. Buah muda yang kadang-kadang dipanggil drumsticks boleh dimasak dalam pelbagai cara. Daun digunakan sebagai sayur-sayuran dan minyak boleh diperolehi daripada benih.

Kini terdapat usaha-usaha untuk mempromosikan Moringa oleifera sebagai sumber makanan dan perubatan sebagai satu cara untuk memerangi kemiskinan dan kekurangan zat makanan terutamanya di negara-negara dunia ketiga. Ini kerana, ia tumbuh dengan cepat dalam pelbagai jenis persekitaran, dan banyak tumbuhan yang boleh dimakan, termasuk dengan ternakan. Daunnya mengandungi semua asid amino dan kaya dengan protein, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan mineral. Apabila daun diberi makan kepada lembu, ia telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam berat badan sebanyak 32% dan pengeluaran susu di antara 43 hingga 65% kerana protein yang tinggi dalam daun.

Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenali sebagai cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Didapati juga bahawa cytokini pada pokok kelor mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pelbagai penyakit. Walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.

Moringa sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia, termasuklah:

1. Kandungan nutrisi yang tinggi

Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Kandungan zat dalam 100g daun moringa segar yang dimasak bersamaan dengan kandungan zat dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya boleh digoreng dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Bukan itu sahaja, daun moringa boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk digunakan dalam masakan lain.

2. Menurunkan kolesterol

Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.

3. Mencegah diabetes

Serbuk daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.

4. Penambah zat untuk ibu hamil

Daun moringa digunakan sebagai penambah zat bagi masalah kekurangan vitamin, terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi dalam daun dan buahnya membantu ibu hamil atau ibu menyusu mendapat zat tambahan.

5. Melindungi hati

Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

6. Melawan radikal bebas

Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.

7. Melawan keradangan

Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.

8. Menstabilkan tekanan darah

Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang.

9. Membantu sistem penghadaman

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.

10. Menyokong kesihatan otak

Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.


Goji Berry adalah Super Fruit, buah yang paling kaya nutrisi, berasal dari Tibet, di dataran tinggi Gunung Himalaya, kaya vitamin, mineral, protein dan antioksidan.

Khasiat Goji

Chinese Wolfberry (Lycium chinese) atau juga dikenali dengan nama Buah GOJI atau Chinese Boxton, Chinese Matrimoni-vine, Chinese Teaplant atau Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae (sama dengan terung dan cili).

Tumbuhan ini menghasilkan buah yang popular dengan nama Gojiberry (Buah Goji) yang sangat istimewa terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.

Goji Berry mengandung zat besi lebih banyak daripada bayam, beta karoten lebih banyak daripada wortel dan tingkat kandungan proteinnya pun lebih banyak daripada Gandum.

CARA PEMAKANAN GOJI

Buah Goji adalah makanan tambahan berkhasiat dan boleh dimakan 3, 5, 7 biji sehari dengan mengunyah atau rendam ke dalam air suam selama 10-20 minit sebelum diminum.

Jangan makan terlalu banyak sekali gus kerana kandungan Vitamin C yang terlalu tinggi selain membazir, anda juga akan overdose.

Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)

Menurut analisa yang dilakukan oleh Beijing Nutrition Research Institute China, “Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel dan zeaxanthin (menyihatkan mata) dan melebihi 500 kali ganda vitamin C berbanding oren apabila di ukur sama berat, (bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu."

Selain itu, Goji juga mengandungi 18 Amino Asid, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.

Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkali (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.

Legenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut.

Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab, “Saya sedang memukul cucu saya!”

Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda.

Wanita itu menjawab, ”Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya."

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry.

Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini.

Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan, “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao menyatakan, “Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata."

Ben Cao Gang Mu menyatakan, “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur."

34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI:-

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.

2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.

3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”.

4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5. Goji mengurangkan risiko kanser.

6. Goji mengurangkan kolestrol.

7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.

8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.

9. Goji membantu mengurangkan berat badan.

10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.

11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.

12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.

13. Goji menguatkan jantung anda.

14. Goji menghalang peroksidaan lipid (yang menyebabkan sakit jantung).

15. Goji meningkatkan halangan penyakit.

16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).

17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.

18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).

19. Goji menghalang tumbesaran tumor.

20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.

21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.

22. Goji meningkat limfosit.

23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.

24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.

25. Goji merawat simptom-simptom menapouse.

26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.

27. Goji meningkatkan kesuburan.

28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.

29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.

30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.

31. Goji membantu batuk kering yang kronik.

32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.

33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.

34. Goji membantu sistem penghadaman.

KEGUNAAN GOJI

Jual

Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket dan negara China adalah pengeluar terbesar di dunia.

Masakan

Secara tradisional, gojiberry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.

Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan gojiberry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis.

Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt dan minyak essential.

Perubatan Tradisional

Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India, bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkatkan tenaga batin dan sistem kesuburan, menguatkan kaki dan tulang, menguatkan sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah dan melanjutkan usia.

Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam arak.

KANDUNGAN GIZI GOJI

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:

- 19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh.

- 21 unsur zat, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ‎ditemui dalam makanan.

- 13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).

- Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).

- Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).

- Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.

- Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

- Vitamin E, jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam ‎bijiran.

- Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar ‎kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk dan masalah ‎prostat.

- Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon ‎dan melancarkan fungsi otak serta sistem saraf.

- Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, ‎melegakan ketidak-selesaan ketika haid dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.

- Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.

- Physalin, sebatian semulajadi yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan ‎kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B.

- Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan ‎mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot ‎dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan ‎kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras ‎homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung.

Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang sangat istimewa untuk kesihatan!


Buah Delima sangat dikenali dengan bentuk, warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan. Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga. Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran, kehidupan dan kematian.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah.

Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat untuk bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Kebaikan dan Khasiat Buah Delima :

- Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat

- Membersihkan hati dan saluran perkumuhan

- Menyingkirkan lemak berlebihan

- Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri

- Mencegah rasa mual

- Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid

- Mencantikkan kulit muka

- Membantu memulihkan pesakit kencing manis

- Berupaya menghapuskan kahak

- Memberi tenaga dan mencegah keletihan

- Mencegah angin ahmar bagi warga emas

- Meningkatkan peredaran darah

- Mencegah dan merawat kanser

- Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah

- Membakar lemak dan mengurangkan berat badan

- Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus

- Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

- Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

- Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

- Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti :

- Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.

- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu.

- Menghalang pembentukan sel barah payu dara. Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain.

Lihatlah betapa berkhasiatnya buah istimewa ini. Tidak semua tempat ada menjual buah delima seperti buah-buah lain yang senang untuk dicari. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja menjual buah ini. Jika anda mempunyai penyakit seperti di atas, ada baiknya jika anda mencuba khasiat yang ada pada buah ini, ia mungkin dapat mengawal dan mengurangkan masalah kesihatan anda.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah pokok tin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti).

Seiring dengan hadis tersebut, ia juga dibuktikan dengan penemuan- penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah pokok tin yang jarang diketahui dan diterokai. Buah pokok tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah pokok tin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain. Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah pokok tin juga sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah pokok tin boleh dianggap sebagai buah yang seharusnya diambil oleh setiap orang termasuk juga kanak- kanak. Ianya merupakan snek yang terbaik sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi. Jadi, pengambilan buah pokok tin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung. Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita. Namun, dengan adanya buah tiin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia- siakan malah perlu dijadikan sebagai satu makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah pokok tin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah pokok tin mengandungi ‘polyphenols' yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol' dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain.

Di samping itu, khasiat buah tin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde' dan ‘coumarins'. ‘ Benzaldehyde' telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins' adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat. Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui akan keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tiin, apatah lagi ianya terhad berada di pasaran tidak seperti buah- buahan lain. Namun, seharusnya ia tidak perlu dijadikan alasan kerana ia juga terdapat juga di pasaran Malaysia dan mampu diperolehi oleh sesiapa sahaja.

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah pokok tin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut. Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang. Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang. Maka, tidak hairanlah jika buah tiin diiktiraf oleh pakar- pakar pemakanan pada hari ini sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat- zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu, ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit- penyakit tertentu. Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelarkan buah tiin sebagai ‘nature's most nearly perfect fruit' iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi'.

Oleh yang demikian, tidak akan rugi jika kita memakan buah pokok tin, kerana manfaatnya kita akan perolehi jua walaupun mungkin dalam jangkamasa lama kerana kesihatan itu bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan.

Antara khasiatnya adalah seperti berikut:

1. Mencegah kanser - kandungan coumarin dalam dalam buah tin mengurang risko kanser prostat. Pengambilan buah tin secara berkala boleh juga mengurangkan risiko kanser payu dara dan kanser kolon (colon)

2. Mengurangkan kolesterol - Buah tin mengandungi pectin iaitu fiber larut air (soluble). Bahan ini boleh mengurang kolesterol dalam darah

3. Boleh mencegah darah tinggi dan serangan penyakit jantung - Buah tin mengandungi potassium, Omega 3 dan Omega 6 yang tinggi. Bahan berupaya mengawal tekanan darah dan seterusnya serangan jantung

4. Membantu merawat diabetes - Daun teen mempunyai sifat merawat yang baik. Air rendaman daun tin kering boleh mengurangkan pengambilan insulin.

5. Pengambilan buah tin boleh mengurangkan keletihan, meningkatkan daya ingatan dan mengawal anemia (kekurangan sel darah merah)

6. Buah tin bersifat laxative - Pengambilannya boleh mengurangkan masalah sembelit yang kronik.

7. Pengambilan buah tin setiap hari boleh bertindak sebagai ubat untuk merawat masalah yang berkaitan dengan hemorrhoids.

8. Boleh merawat radang seperti abses atau ulser pada kulit.

9. Boleh dijadikan pembersih kulit dan boleh mencegah serta merawat jerawat.

10. Buah tin mengandungi kalsium (Ca) yang tinggi. Ianya boleh diambil sebagai kepada susu bagi mereka yang alergik kepada susu.

11. Buah tin mengandungi benzaldehid sebagai phenol dan agen anti tumor. Bahan ini boleh membunuh pathogen, fungus dan virus dalam sistem badan manusia.

12. Buah tin mengandungi diet fiber yang tinggi. Buah tin boleh diamalkan dalam progran pengurangan berat badan.

13. Kandungan kalsium dan potassium yang tinggi boleh mengurang proses osteoporosis dan seterusnya meningkatkan ketumpatan tulang.

14. Kandungan tryptophan dalam buah tin boleh menyebabkan tidur yang lebih berkualiti dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan tidur seperti insomnia.

15. Fig juga digunakan untuk meningkatkan tenaga batin.


Lidah buaya (Aloe vera) merupakan spesies tumbuhan herba daripada Famili Liliaceae. Lidah buaya berasal daripada Afrika Utara dan mudah ditemui di seluruh dunia kerana spesies tumbuhan ini dapat beradaptasi dalam semua iklim (Boudreau et al., 2006). Terdapat hampir 420 spesies lidah buaya ditemui di seluruh dunia (Habeeb et al., 2007). Lidah buaya mengandungi 96 % kandungan air manakala 4 % lagi ialah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein (Hayes et al., 1999). Orang-orang Mesir telah mula menggunakan Aloe vera sebagai antiseptik sejak tahun 1500 sebelum Masihi lagi untuk mengubat jangkitan kuman, serangan penyakit dan kelecuran akibat terbakar. Selain itu, nama ‘aloe’ juga berasal daripada perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit.

Pokok lidah buaya banyak ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan dirumah. Namun begitu, pokok lidah buaya mempunyai khasiat dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik. 80 % populasi dunia menggunakan tumbuhan herba untuk merawat penyakit (Reynolds et al., 1999). Pokok lidah buaya juga antara tumbuhan herba yang perlu ditanam di rumah kerana dapat digunakan sebagai antiseptik tatkala kita berhadapan detik kemalangan atau kecemasan di rumah mahupun ketika ingin dijadikan sebagai makanan tambahan.

Pokok lidah buaya mempunyai daun yang tajam dan berbentuk taji. Daunnya juga dikelilingi duri. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15 – 20 cm panjang. Bunga pokok ini juga berwarna kuning kemerahan. Lidah buaya membiak dengan cara pembiakan anak. Bahagian lidah buaya yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik ialah daunnya.

Khasiat Lidah Buaya

Pengamal perubatan moden mula menggunakan lidah buaya semenjak tahun 1930 – an lagi. Lidah buaya digunakan sebagai makanan tambahan bagi membantu sistem pertahanan badan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing, hati dan sistem penghadaman serta mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan.

Kebaikan lain lidah buaya untuk dalaman :

1) Mengandungi vitamin dan mineral

Jus sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan penting untuk tubuh kita. Satu-satunya perkara yang tidak dapat dijumpai dalam lidah buaya adalah Vitamin D.

2) Melawan masalah penghadaman

Pengambilan lidah buaya setiap hari dipercayai boleh melawan dan merawat pelbagai gangguan pencernaan termasuk pencernaan yang kurang baik, sembelit, keasidan dan gas. Ia juga bermanfaat untuk merangsang selera makan.

3) Membuang toksin daripada tubuh

Penggunaan jus lidah buaya boleh menyingkirkan toksin daripada badan. Minum pada awal pagi akan membantu anda mengubati masalah pencernaan untuk membersihkan sistem penghadaman.

4) Bagus untuk rambut dan kulit

Jus lidah buaya membantu mengekalkan kulit licin, berseri dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Aplikasi topikal boleh melegakan daripada luka bakar dan parut. Ia boleh digunakan sebagai agen pelembap untuk kulit serta kulit kepala.

5) Mengimbangi masalah hormon

Jus lidah buaya sering digunakan dalam banyak tonik herba lain yang penting dalam mengubati masalah hormon, pankreas dan gangguan yang berkaitan dengan limpa.

Sejarah buah kurma merah kering bermula sejak abad keempat SM di Mesopotamia, dan ia sangat bernilai kerana rasanya manis, nilai pemakanan tinggi, dan jangka hayat yang panjang.

Spesies ini ditanam secara meluas di negara: Iran, Afrika Utara, Afghanistan, Pakistan, India dan lain-lain.

Buah kurma merah kering boleh dijadikan sebagai snek atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis pencuci mulut. Banyak masakan Timur Tengah menggunakan kurma merah di dalam masakan mereka, seperti masakan Mediterranean oleh orang-orang Itali dan Greece. Kurma merah kering biasanya mudah didapati di kebanyakan pasar, manakala kurma segar boleh didapati di pasar khas secara bermusim.

Kurma merah kering mengekalkan kebanyakan nilai pemakanan buah kurma merah segar. Kandungan nutrien yang berbeza antara kurma merah kering dan basah adalah disebabkan kaedah pemprosesannya. Secara umumnya, buah kurma merah menyediakan pelbagai nutrien penting dan pelbagai bahan-bahan bioaktif untuk perlindungan kesihatan, seterusnya meningkatkan kualiti diet dan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.

Kurma merah kering dianggap makanan yang popular sejak beribu tahun lamanya kerana rasanya yang lazat serta kandungan nutrisinya yang banyak. Buah yang semula jadi menjadikan ia sukar menjadi busuk, mudah untuk disimpan dan mengurangkan kos pengangkutan.

Berikut adalah fakta-fakta asas mengenai pemakanan kurma merah kering:

- Kurma merah kering mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah sama seperti kurma merah basah.

- Kurma merah kering yang segar adalah sumber penting serat pemakanan dan kalium.

- Kurma merah kering juga menyediakan nutrien penting dalam diet hari ini, seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6, Thiamin, Niacin, Riboflavin dan Zat besi.

- Kurma merah kering tinggi dengan kandungan gula dan ia tidak akan mengecut atau menjadi rangup.

Maka kurma merah kering perlu dijadikan sebahagian daripada diet harian anda.

Manfaat Kurma Merah Kering:

- Jika anda menghidap penyakit anemia disebabkan oleh kekurangan hemoglobin, ia boleh diatasi dengan memakan kurma merah kering setiap hari kerana kandungan zat besi yang tinggi dalam buah ini.

- Kurma Merah Kering juga merupakan sumber yang kaya dengan kalsium yang membantu pertumbuhan gigi dan tulang yang lebih kuat, serta mencegah penyakit sendi dan artritis. Mineral lain yang wujud dalam buah ini adalah Magnesium, Fosforus, Kalium, Tembaga, Mangan dan Selenium.

- Serat tinggi di dalam kurma merah membantu melancarkan sistem kolon dari sisa najis yang tertinggal di dalam saluran, malah boleh bertindak sebagai bahan pelawas. Caranya ialah dengan merendam Kurma merah kering di dalam air selama sehari, dan makan pada waktu malam sebelum tidur (termasuk minum air rendaman kurma). Hasilnya anda akan mendapati pergerakan usus yang jelas pada keesokan harinya.

- Kurma merah kering juga boleh membantu menguatkan otot-otot jantung bagi pesakit jantung. Malah wanita hamil dinasihatkan agar makan Kurma merah segar atau kering untuk mengukuhkan otot-otot rahim serta memudahkan proses bersalin. Kebanyakan ahli bina badan makan Kurma sebelum bersenam, kerana ia boleh memberikan tenaga dan kekuatan untuk senaman yang lebih lama.

- Kurma Kering merah membantu meningkatkan stamina fizikal dan libido. Ini kerana ia kaya dengan mineral dan mengandungi beberapa fitonutrien yang bertanggungjawab untuk memberikan kekuatan stamina dalam badan yang lebih tinggi.

- Sifat-sifat antioksida Kurma kering merah boleh membantu penghadaman dan merawat masalah keasidan dan pedih ulu hati, ulser perut dan kolitis. Ia membendung pertumbuhan beberapa organisma patologi dalam usus dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang membantu penghadaman.

- Kurma ini juga sangat kaya dengan kalori. Sebiji Kurma merah boleh memberikan tenaga sebanyak 66 kalori. Jadi anda boleh mendapatkan berat badan yang ideal dengan cara yang sihat dengan memakan Kurma merah.

- Pakej vitamin yang lengkap membuatkan Kurma merah sangat bermanfaat pemulihan dari penyakit yang serius. Kurma kering merah dikatakan boleh merangsang pengeluaran sel-sel darah putih, yang meningkatkan imuniti dan mengurangkan tahap kolesterol dalam aliran darah anda serta membantu melindungi hati. Seperti acai beri dan juga makanan antioksidan lain, buah ini dipercayai boleh mencegah sel-sel kanser dan penyakit-penyakit lain. Oleh kerana tahap Vitamin C yang tinggi, kurma merah membantu menukar kolesterol yang berlebihan kepada asid hempedu seterusnya membantu mencegah batu karang. Sementara itu, fosforus dan Zat besi memainkan peranan penting dalam mencegah osteoporosis dan anemia yang kedua-duanya merupakan penyakit biasa dalam kalangan wanita.

Terdapat 6 jenis kurma merah kering yang boleh didapati di pasaran:

- Shahany

- Mozafati

- Kabkaab

- Zahidi

- Shahabi

-Rabbi

Bagaimana Kurma Merah dikeringkan?

Kurma Merah menjadi kering apabila kandungan airnya berada di bawah 20 peratus. Kurma kering terhasil sama ada daripada proses semulajadi atau mekanikal.

Iran mempunyai standard piawaian yang ketat untuk tanaman kurma kering yang melibatkan persampelan, pembasuhan, saiz dan pemprosesan. Kurma merah kering sering dirawat dengan kalium sorbat untuk menghalang yis dan acuan pertumbuhan; sulfur dioksida juga ditambah untuk mengekalkan warna. Sebelum dihantar ke pasaran, kurma merah kering perlu menjalani proses – biasanya direbus atau dikukus – untuk menjadikan kandungan lembapannya turun sehingga kira-kira 30 peratus. Proses ini akan menambah kelembapan dan biasanya membuat kurma menjadi lebih berisi dan lazat.

Kegunaan Popular Kurma kering Merah

Kurma merah yang separa kering disaluti dengan sirap glukosa untuk dijadikan sebagai makanan ringan. Kurma merah Kering juga boleh dicincang dan digunakan dalam pelbagai hidangan manis dan pedas, dari tajines (tagines) di Maghribi untuk puding, ka’ak (sejenis biskut Arab), dan juga roti kacang merah yang sangat popular di Amerika Syarikat terutama di sekitar musim cuti. Kurma Kering Merah juga diproses menjadi pes dalam bentuk kiub yang dipanggil “‘Ajwa”, jem, sirap kurma atau “madu” yang dipanggil “DIBS” di Libya, serbuk gula merah dari kurma, cuka atau alkohol. Cuka yang dibuat daripada kurma merah kering adalah produk tradisional Timur Tengah. Inovasi terkini termasuk kurma kering merah bersalut coklat dan produk jus kurma merah ada digunakan di beberapa negara Islam sebagai ganti champagne versi bukan alkohol untuk majlis-majlis khas dan keagamaan seperti bulan Ramadan. Apabila umat Islam berbuka puasa di malam hari pada bulan Ramadhan, makan kurma terlebih dahulu telah menjadi adat dalam kalangan mereka. Buah kurma merah juga sangat baik sebagai bahan tambahan kepada salad hijau.

Jadi adakah kurma merah baik untuk anda? Ya. Kurma merah kering sangat bermanfaat untuk badan anda dan harus menjadi sebahagian daripada diet harian anda. Kurma merah kering adalah baik untuk otot anda, kesihatan perut, kesihatan kolon, menambah imuniti dan menguatkan otot jantung anda – ini merupakan antara sebab-sebab mengapa kita harus makan buah kurma setiap hari. Kurma merah kering sesuai dijadikan sebagai makanan ringan yang lazat atau juga boleh dimakan dengan bijirin atau oatmeal untuk sarapan pagi yang sihat.

Madu sangat terkenal akan manfaatnya sehingga kerap diamalkan oleh rata-rata golongan tidak kira muda atau tua. Ia biasanya dicampur dengan pelbagai bahan semulajadi yang lain seperti buah lemon sebagai perawatan kecantikan luar dan dalam.

Madu sama ada boleh di lulur atau digunakan terus melalui lidah. Madu sering dikaitkan dengan kecantikan jadi tidak hairanlah jika ramai wanita terutamanya yang mengamalkan madu dalam kehidupan seharian mereka.

Jom kita lihat pelbagai manfaat madu yang sangat terkenal dengan khasiatnya.

1. Meningkatkan kekuatan badan

Mereka yang rajin minum madu dalam kuantiti yang disarankan amat bagus kerana dapat membantu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan. Mengamalkan madu dapat menghindarkan diri dari sebarang virus atau influenza. Dengan mengambil madu secukupnya, ia dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh sakit.

2. Sumber Nutrisi

Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh. Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.

3. Mencegah Penuaan

Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..

4. Meningkatkan Kesuburan

Manfaat minum madu juga dapat dirasakan oleh pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Dengan mengamalkan madu, ia dapat meningkatkan kesuburan, baik untuk lelaki atau perempuan.

Hal ini telah dibuktikan oleh banyak pasangan sehingga ia patut diamalkan untuk pasangan yang sangat menginginkan zuriat. Tidak salah untuk kita berikhtiar dengan mengamalkan madu kerana Nabi Muhammad SAW juga mengambil madu di pagi hari setelah bangun dari tidur.

5. Mengatasi Radang Tekak

Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu.

Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.

6. Mencegah Dan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Kandungan antioksidan pada madu juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk menghindarkan diri dari penyakit yang sangat merbahaya. Dengan rajin meminum madu, ia akan melambatkan proses pengoksidaan kolestrol jahat yang berpengaruh buruk pada kesihatan jantung.

Tahukah kita bahawa penyakit jantung adalah pembunuh utama di seluruh pelusuk dunia serta ancaman terbesar bagi kesihatan manusia sejagat? Meminum madu yang dicampurkan dengan lemon sebelum makan boleh membantu mencegah penyakit jantung koroner kerana kandungan vitamin C di dalam madu dapat melindungi otot-otot jantung akibat peradangan.

7. Menurunkan Berat Badan

Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan.

Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal.

Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjogging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.

8. Membersihkan Racun Dari Dalam Tubuh

Penggunaan madu sangat baik untuk membersihkan tubuh dari racun yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Perihal meminum madu ini sangat penting untuk diamalkan kerana apa sahaja yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan dan minuman seharian tidak dijamin bebas dari zat-zat racun.

Racun yang terdapat dalam tubuh tidak hanya menyusahkan di kemudian hari tetapi juga boleh memicu ke arah munculnya pelbagai penyakit kronik. Justeru, amalkan meminum madu bersama air suam yang dicampur lemon setelah bangun tidur untuk mengeluarkan racun dalam tubuh badan.

9. Meningkatkan Metabolism Badan

Salah satu khasiat madu untuk kesihatan juga adalah meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar. Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.

Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.

10. Mengatasi Sembelit

Jika anda mengalami sembelit atau sinonimnya dikenali sebagi sukar untuk membuang air besar maka sebaiknya anda mula mengamalkan air madu. Minuman ini dapat membantu meningkatkan gerakan usus untuk mengatasi masalah sembelit. Tetapi juga disarankan mengambil madu dengan makanan lain yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit ini.

Madu memiliki kandungan yang sangat positif terhadap sistem pencernaan kerana madu memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit. Itulah khasiat madu untuk kesihatan anda!

11. Mengatasi Batuk Dan Selsema

Kombinasi air suam dan madu juga baik diminum untuk merawat batuk dan selesema. Selain itu, mengambil teh bersama madu juga sangat terkenal dan diakui baik untuk merawat batuk dan selesema. Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan teraputik yang membantu proses pemulihan. Madu juga boleh dicampurkan dengan halia dan lemon untuk perawatan batuk dan selesema.

12. Mengatur Kadar Gula Dalam Darah

Khasiat madu untuk kesihatan juga adalah ia dapat mengawal gula dalam darah agar tetap stabil tanpa insulin. Minum air campuran madu semasa perut kosong dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah.

Untuk kesan yang lebih baik, madu boleh dicampurkan dengan 5 ulas bawang putih, sebiji lemon, dan 2 inci halia yang telah direbus dan diminum airnya. Kombinasi ini lebih bermanfaat dan berkesan untuk mengatur gula dalam darah.

13. Mengatasi Perut Kembung

Mengalami perut kembung sungguh akan membuat aktiviti harian kita terganggu. Perut kembung boleh mengakibatkan hilangnya fokus kita untuk melakukan sebarang pekerjaan. Minum madu bersama kayu manis dapat mengurangkan gas yang terperangkap di dalam perut yang mengakibatkan kembung. Pastikan anda memilih madu asli untuk menghilangkan perut kembung dengan berkesan.

14. Melawan Bakteria

Madu adalah cairan manis yang secara semulajadinya diperoleh daripada lebah. Bukan hanya boleh dipakai sebagai alternatif gula namun madu juga terkenal dengan kemampuannya untuk melawan bakteria. Ketika bakteria masuk ke dalam tubuh, madu akan bekerja untuk menarik air keluar dari zat asing itu sehingga mengakibatkan bakteria itu menjadi tak berdaya kerana madu tidak mengandungi air yang cukup untuk bakteria terus hidup.

Gula bukan satu-satunya kandungan yang membuat madu menjadi pelawan bakteria tetapi kerana lebah menambahkan pengoksidaan glukosa sehingga madu menjadi sangat asam dan tidak mungkin bakteria mampu berkembang di dalamnya.

15. Menambah Tenaga

Air madu atau teh madu juga baik diamalkan ketika tubuh merasa kurang bertenaga kerana ianya dapat menambah tenaga dan membuat tubuh merasa segar.

Madu baik diamalkan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga tetapi di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Madu boleh dicampur dengan air suam supaya rasanya tidak terlalu manis atau secara tidak sengaja mengambilnya secara berlebihan.

Hanya dengan mengamalkan lebih kurang 17g madu, tenaga badan dapat ditingkatkan kerana fruktuso dan glukosa yang terkandung di dalamnya, masuk ke aliran darah dan memberikan dorongan yang cepat untuk menambah tenaga.

16. Mengubat Penyakit Sukar Tidur Malam

Bagi sesetengah mereka yang menderita penyakit insomnia, boleh cuba mengamalkan madu. Madu dapat merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian. Setelah meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Justeru itu, sesiapa yang menghidap penyakit sukar tidur malam bolehlah mencuba petua ini.

17. Penguat Ingatan

Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari.

Madu merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.

18. Meningkatkan Prestasi Sukan

Khususnya kepada atlet sukan, madu sangat digalakkan untuk meningkatkan stamina ketika berolahraga. Kerana madu dapat menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil, kerana itu ianya sangat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dari semasa ke semasa.

Madu dapat mempercepatkan penyembuhan otot dan glukogen setelah penat berolahraga. Hebatnya, cairan manis dari madu ini dapat juga mengatur jumlah insulin dalam tubuh kita.

19. Mencegah Penurunan Sel Darah Putih

Mengamalkan madu adalah satu satu cara mudah dan murah untuk mencegah rendahnya jumlah sel darah putih yang disebabkan oleh kemoterapi. 40% penghidap penyakit kanser yang mempunyai jumlah darah yang sangat rendah tidak memiliki penurunan sel lebih lanjut setelah melakukan kemoterapi apabila mereka mula mengamalkan madu.

Mereka meminum sekurang-kurangnya dua sudu teh madu setiap hari selama menjalani rawawatan kemoterapi. Kepada mereka yang menderitai penyakit kanser yang sering melakukan ujian kemoterapi, adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan madu.

20. Membantu Merawat Luka

Madu asli sangat berkesan untuk membunuh bakteria yang terdapat dalam luka. Sebarang luka boleh disembuhkan dengan melulur madu pada luka tersebut. InshaAllah jika sering diamalkan, luka yang dalam juga boleh kering dan sembuh dengan cepat. Selain menyembuhkan luka, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat luka yang dideritai.

Berdasarkan semua manfaat madu diatas, sudah terang lagi bersuluh bahawa madu mempunyai lebih dari sejuta manfaat. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri dan mahukan kecantikan luar dan dalam, madulah jawapannya.

Manfaat madu terhadap kesihatan manusia sudah terkenal sejak zaman-berzaman namum harus diingatkan madu harus diambil secara bijak dan mengikut kuantiti yang secukupnya sahaja.

Stevia (Stevia rebaudiana Bertoni) adalah sejenis herba daripada keluarga Asteraceae. Ia berasal daripada Paraguay, di mana ia tumbuh secara liar di tanah berpasir. 1Stevia rebaudiana telah digunakan oleh orang-orang asal di Paraguay dan Brazil sejak zaman dahulu. Daun Stevia rebaudiana mengandungi pemanis yang tidak menyebabkan kerosakan gigi dan tanpa kalori, di mana penggunaannya boleh memberi kesan yang baik terhadap kesihatan manusia. Ia menjadi lebih terkenal di luar pusat Amerika Selatan berikutan penemuannya pada tahun 1887 oleh ahli botani, Antonio Bertoni. Disebabkan oleh rasa manis yang dihasilkan, stevia telah diberi pelbagai nama termasuk daun manis, herba manis Paraguay, daun madu dan candyleaf. Herba ini adalah agak asing di Malaysia walaupun ia ditanam secara komersial di Brazil, Paraguay, Amerika dan beberapa negara Asia seperti China, Jepun, Korea dan juga Thailand.

Herba ini, terutama daunnya, menghasilkan glikosida diterpene, kebanyakannya rebaudioside dan stevioside yang mempunyai kesan pemanis sebanyak 40-250 kali ganda daripada sukrosa. Atas sebab ini, minat terhadap herba ini telah meningkat secara mendadak pada kebelakangan ini kerana potensinya sebagai pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori – satu kelebihan untuk industri makanan kesihatan, khususnya individu yang mempunyai masalah obesiti dan diabetes. Minat terhadap herba ini juga timbul di Malaysia akibat kekurangan gula dalam pasaran tempatan tidak lama dahulu. Selain daripada kawasan utara Semenanjung Malaysia, iklim yang lembap di Malaysia tidak menggalakkan penanaman tebu dan sebahagian besar pemintaan gula tempatan dipenuhi melalui pengimportan gula dari negara luar. Rakyat Malaysia amat terkenal dengan pengambilan gula yang berlebihan melalui pengambilan minuman dan kuih-muih tradisional yang manis. Tabiat yang tidak sihat ini berkemungkinan menyebabkan peningkatan kes-kes kencing manis yang membimbangkan – daripada 0.65% daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 1960 kepada 16-18% pada tahun 1998.

Deskripsi

Stevia merupakan tumbuhan yang tumbuh secara menegak, berkembang dan boleh membesar sehingga 20-30cm sebelum ia mula berbunga. Daunnya sessile, berwarna hijau dan membesar secara berpasangan dengan ukuran lebar kira-kira 2.5-3.5cm dan panjangnya 3-6cm. Bunganya berwarna putih dengan diameter 8-15mm dan tumbuh pada hujung pucuk. Biji benih yang matang berwarna hitam dan sangat kecil (0.5-1.0g / 1000 biji). Batangnya berkayu dan akarnya adalah sedikit bercabang.

Stevia sangat mudah ditanam dalam pelbagai jenis tanah. Walaubagaimanapun, ia lebih sesuai ditanam dalam tanah gembur dan tanah berpasir dengan kandungan bahan organik yang tinggi. Herba ini memerlukan masa yang panjang untuk pertumbuhan maksimum sebelum ia mula berbunga. Ia memerlukan pendedahan cahaya matahari selama 13 jam untuk penghasilan biojisim dan kandungan steviosides yang maksimum. Dengan pendedahan selama 13-16 jam cahaya matahari setiap hari, herba tersebut boleh tumbuh sehingga ketinggian 0.9-1.0m sebelum ia mula berbunga.

Kegunaan

Ekstrak daun Stevia digunakan di Jepun, Korea dan negara-negara tertentu di Amerika Selatan untuk memaniskan minuman ringan, soju, kicap soya, yogurt dan makanan-makanan lain. Di Amerika Syarikat, Stevia digunakan sebagai suplemen kesihatan. Ekstrak daun Stevia rebaudiana telah digunakan secara tradisional dalam rawatan diabetes. Komponen pemanis yang utama dalam daun Stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan antioksidan, anti-mikrob dan anti-kulat.

Stevioside dan rebaudioside A merupakan komponen pemanis yang utama, di mana kesan pemanis masing-masing adalah 110-270 dan 180-400 kali ganda berbanding gula tebu. Kedua-dua komponen stabil walaupun pada suhu setinggi 200 ° C, menjadikan mereka sesuai digunakan dalam makanan yang dimasak. S. rebaudiana sangat berpotensi sebagai tanaman pertanian baru kerana permintaan pengguna bagi makanan herba yang semakin meningkat. Kajian analisis turut menunjukkan bahawa Stevia juga mengandungi asid folik, vitamin C dan asid amino yang sangat diperlukan kecuali tryptophan. Justeru, penanaman Stevia dan pengeluarannya merupakan alternatif kepada gula terutamanya untuk pesakit kencing manis dan mereka yang berdiet kerana kalori Stevia yang sangat rendah serta tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein. Disebabkan daun Stevia mempunyai ciri-ciri yang lebih baik berbanding pemanis lain, ia berpotensi menjadi sumber utama sebagai pemanis untuk pasaran makanan semula jadi yang semakin meningkat.

Ekstrak pemanis Stevia dikatakan memberi kesan yang baik terhadap kesihatan; termasuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan paras gula dalam darah, tidak merosakkan gigi, dapat melawan jangkitan rotavirus, membantu metabolisma gula dan membantu peningkatan fungsi buah pinggang. Ekstrak akueus daun kering Stevia rebaudiana juga mendorong vasodilatasi sistemik dan buah pinggang, menyebabkan penurunan tekanan darah, dieresis dan natriuresis dalam tikus.

Selain daripada itu, ekstrak ethanol daun Stevia rebaudiana mengandungi kandungan jumlah komponen phenolic yang boleh digunakan sebagai sumber antioksidan semula jadi yang baik kepada kesihatan.

Mereka telah mengamalkan pengambilan NTDOT, Anda bila lagi?.